BITCOIN : KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Alhamdulillah saya berkesempatan untuk berkongsi kepada pembaca tentang kelebihan dan keburukan Bitcoin.
Mari kita mengenali Bitcoin.Apakah itu Bitcoin? Bitcoin merupakan sejenis mata wang kripto iaitu,mata wang secara digital.Melalui mata wang kripto ini,kita dapat menggambarkan bahawa,dunia pada masa yang akan datang tidak lagi menggunakan mata wang dalam bentuk fizikal iaitu dalam bentuk kertas atau syiling.Tetapi,setiap teknologi baharu mempunyai baik dan buruknya.Mari kita baca,apakah kelebihan dan keburukan mata wang kripto ini
KELEBIHAN
-Boleh dimiliki oleh semua orang
Ianya boleh dibeli dan boleh dilombong melalui komputer dan tidak memerlukan kebenaran daripada mana-mana pihak berkuasa
-Tidak boleh dipalsukan
setiap Bitcoin yang dikeluarkan adalah unik dan mempunyai aturan kriptografi yang tersendiri menyebabkan ianya tidak boleh dipalsukan
-Terhad kepada 21 juta
Pengeluaran Bitcoin akan terhenti apabila Bitcoin yang ke-21 juta dilombong.Hal ini menyebabkan ianya menjadi terhad dan bernilai tinggi
-Berasaskan komuniti
Bitcoin bersifat desentralisasi iaitu tidak dikawal oleh mana-mana pihak tertentu.Semua pengguna boleh mengakses tentang maklumat transaksi permintaan dan bekalan.
-Bersifat digital dan global
Pengguna Bitcoin tidak perlu lagi untuk membawa wang tunai dalam dompet kemana-mana.Perkara ini dapat menimbulkan perasaan selamat daripada dirompak atau tercicir dompet.Mereka juga tidak perlu untuk menukar mata wang apabila melancong ke luar negara kerana Bitcoin tidak dimiliki oleh mana-mana negara.Ini dapat mengurangkan kerugian daripada kadar yang digunakan oleh pengurup wang dan fi perkhidmatan oleh bank.
-Bebas daripada manipulasi dan inflasi
nilai Bitcoin tidak akan dapat dimanipulasi oleh sesiapapun seperti yang berlaku kepada wang fiat.Disebabkan sifat globalnya,nilai Bitcoin tidak boleh dipengaruhi oleh situasi di sesebuah negara.Nilai Bitcoin dinilai berdasarkan permintaan dan bekalan
-Pemilikan tanpa identiti
Bitcoin membolehkan pemilikan tanpa identiti yang sebenar.Ianya juga boleh disimpan dalam format file wallet atau oleh servis wallet pihak ketiga.
KEBURUKAN
-Digunakan Penjenayah
memandangkan Bitcoin bebas daripada mana-mana pihak,ia mengundang jenayah seperti pengedaran dadah,pengubahan wang haram dan aktiviti keganasan
-Boleh digodam
Pengguna Bitcoin terdedah kepada serangan siber.Walaupun Bitcoin menggunakan kunci awam dan kunci sulit dalam transaksi,ianya mampu digodam oleh pihak ketiga melalui komputer kuantum
-Tidak stabil
Nilai Bitcoin adalah tidak menentu keran bersifat spekulatif.Ia boleh naik dan turun mendadak dalam tempoh singkat
Alhamdulillah,itu sahaja yang saya dapat berkongsi pada kali ini.Mohon maaf jika terdapat kesilapan informasi.Sebarang maklum balas boleh email kepada saya.Terima Kasih kerana sudi membaca... ^_^
